Saturday 29 September 2007

MANUSIA KEPALA SINGA


Salman
menarik nafas termengah-mengah.Dia duduk menghempapkan tubuhnya ke dinding sambil kedua tangannya disandar pada lututnya yang ditegakkan.Sesekali matanya menembus pandang ke wajah rakan sebiliknya.
"biar betul kau ni, Man?"
"Betul , Pin aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Lagi pun buat apa aku nak tipu kau," balas Salman bersunguh-sungguh.
Ripin merenung lagi wajak rakan sebiliknya itu. Wajah Salman tampak serius. Kulit dahi Salman yang tampak berkerut-kerut serta matanya yang agak membuntang itu sedikit sebanyak meyakinkan Ripin bahawa kawannya itu berkata benar. Ditambah pula riak wajahnya yang agak cemas dan pucat tak ubah seperti mana orang yang berada dalam keadaan terkejut takut. Namun Ripin tidak dapat untuk mempercayainya seratus peratus kata-kata rakannya itu kerana ada kalanya Salman begitu cekap sekali memainkan emosi dan mimik wajah ketika bersandiwara.
"Perasaan kau saja agaknya tu...."cetus Ripin lagi.
"Mulanya memang aku agak macam tu jugak, Pin. banyak kali jugak aku tampar muka aku sendiri dan ternyata aku tak bermimpi. Betul aku cakap kau,Pin.Tapi aku tak hairan kalau kau susah nak percaya sebab aku yang tengok sendiri pun tak percaya, kau apatah lagi...."
Lama juga Ripin berdiam diri sebelum meneruskan pertanyaan,"Macammana rupanya, Man?"
"Aku gerun nak tengok lama Pin, tapi sempat jugaklah aku tengok keseluruhan rupanya sebelum cabut lari. Apa yang aku ingat, daripada kaki sampai ke paras dada sama macam manusia. Sama saja seperti kita tapi dari bahagian dada ke atas. Hishh! seram aku nak cakap, Pin. Memang saling tak tumpah macam singa, aku cakap kau!" Cerita Salman bersungguh-sungguh dan Ripin bersungguh-sungguh mendengarnya.
"Kalau kau nak tengok aku boleh tunjukkan tempatnya tapi aku tak jaminlah benda tu masih ada lagi atau tidak. Itupun kalau kau berani la..." sambung Salman lagi mencabar Ripin.
"Apa ingat aku penakut ka?!"Pantang Ripin menyahut cabaran Salman. Walaupun dia bukanlah berani sangat dan bukan terlalu penakut tetapi bukan Ripin namanya kalau tak berani sahut cabaran.
"Rileks la, Pin... takkan cakap macam tu pun naik angin. Aku tau kau berani."
"Bawak je aku kat tempat tu!" Pintas Ripin seraya berdiri.Macam dah tak sabar-sabar lagi nak tunjukkan kejantanannya.
Setelah berjalan agak jauh, tak semena-mena Ripin rasa tak sedap badan. Secara tiba-tiba saja dia rasa seram sejuk. Tak semena-mena bulu romanya berdiri tegak. Suasana dan cuaca pada hari itu agak berbeza berbanding malam-malam sebelumnya. Hujan yang turun pada petang tadi membuatkan cuaca malam itu menjadi dingin. Ripin cuba untuk mempercayai bahawa bulu romanya yang berdiri tegak itu disebabkan faktor cuaca tapi sukar untuk mengakuinya. Meskipun bulan mengambang penuh namun biasan cahaya bulan yang terlindung dek gugusan awan hitam membuatkan persekitaran menjadi gelap dan suram. Bulu roma Ripin kian merinding bila memikirkan bahawa malam itu adalah malam jumaat dan ditambah pula dengan bulan yang mengambang penuh. Malam sebegini sememangnya sering dikaitkan dengan kemunculan makluk halus dan termasuklah manusia berkepala sebagaimana yang yang Salman ceritakan.
"Pin...!"
Terkejutnya Ripin dek tindakan Salman Yang secara tiba-tiba mencengkam tangannya tatkala dia sedang cemas dengan andaian sendiri, hanya tuhan yang tahu. Nyaris-nyaris jantung dia nak meletup dibuatnya.
"Aku tak beranilah nak pergi, Pin. Kau pergi kat tembok depan tu, dari situ kau boleh tengok benda tu kat sebelah kiri, aku tunggu kat sini."
"Pulak dah! Kalau macam ni, kita balik ajelah ..."ujar Ripin pula.
"Tadi berani sangat,takkan dah takut pulak kot? kalau macam ni lebih baik jangan datang," cabar Salman lagi. Dia tahu Ripin dah mula goyang dan sengaja memanaskan hatinya kerana ripin memang pantang di cabar.
"Ini Ripin la... jangan panggil aku Ripin kalau aku takut. Kau tunggu saja kat sini," balas Ripin, yang tengah panas. Hatinya memang cepat panas kalau di cabar sedemikian rupa.
Tanpa banyak cakap dan tanpa bertoleh lagi. Sedikit sebanyak rasa seram hilang dek cabaran Salman tu. Namun apabila tempat yang dituju semakin hampir, tak semena-mena perasaan tu kembali menguasai dirinya, secara tak langsung timbul pulak rasa kesal kerana berlagak berani. Tapi apakan daya terpaksalah dia melakukannya juga.
Sejurus tiba di tembok yang Salman maksudkan itu, kira-kira lima puluh langkah dari tempat Salman menunggu, terlebih dulu ripin membaca beberapa ayat suci yang diingatinya. Setelah menarik nafas panjang dan reda kan sedikit perasaan gemuruhnya barulah ripin mengintai ke sebelah kirinhya.Lalu.........
"Hah! Salmannnnnnn...!!!" jerit Ripin tidak lama selepas melihat benda yang dimaksudkan. Namun kelibat Salman tidak kelihatan di tempat dia menunggu tadi. Ripin benar-benar geram bercampur bengang. Hatinya benar-benar. Apabila menyedari bahawa dia telah ter pedaya atau lebih tepat lagi diApril-foolkam oleh Salman. Sebaik saja melihat kelibat beberapa orang lelaki keturunan cina sedang berlatih tarian singa barulah dia paham manusia berkepala singa yang Salman maksudkan. Tatkala itu jugalah dia baru teringat tarikh pada hari itu 1 haribulan April, dan dari jauh sayup-sayup Ripin mendengar suara Salman melaungkan 'April Fool' sambil ketawa besar.